Hello everyone you are currently surfing an official blog of mine.
Take a look around on my updates and post, feel free to leave comments and messages.
your's truly ~ atiqa.aripin

profile chat entries credits +follow home



make me laugh..pliss~
3 December 2010@3:37:00 am

Pagi tu pagi minggu..nk d jadi kn stori,.huh,cuaca ckup gile punya sejuk sehingga mcapai takat suhu beku..Oleh kerana itu saya xla mandi pagi,sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar d sebabkan  beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana x tahan kesejukan. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tp saya tidak mahu..
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang..
                     Tiba-tiba,.dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoiiii!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua..perhh!dasyat memang xterkira la..
                    Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Lalu, dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia.. Dengan pantasnya,lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati, dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. 
                    Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalan raya. Pemandu feri itu pecah.hah? Pemandu lori pula sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf kepada emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoiihh..!sakit nye!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands semula. 
                    Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati dengan tragisnya. 
                    Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Pihak polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
                    Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati..

    remember this story? one night we laugh together ..and,.. this comment?remember?you,make me crazy because of this story lar..
    comment :
    Syuq :  sangat mengarut tpi awesome la..!!mcm s**t!
    Ika : wahhh hebat syup ta mati slps mbaca atikel ni!!!aku dan kwn2 aku mati pas bace p kaw tak!!wah hbt wah2 hbt2!!!umoq pnjg lg!
    Syuq : sape kate x mati..??mati pale otak ni pk an apew yg seterusnye blaku selepas penulis ni mati..huhu..ni ngah type lam blik 7kaki3kaki la ni..ika type kat ne..??
    Ika : I kt cc dlm kuboq ni!!!fuyohhh cc ni canggih!!!weyhh,de sowang mamat ni kacak..p dye setan..bwu mati..terkejot bace artikel yg sme cm kite..encem..cm percy Jackson..i like u more n more!!!
    Syuq : siyez..?! f**k s**t..!! so do u get him..??
    Ika : ahh shit!!!syuq!!!makcik kt cc kuboq ni mcm muka mas!!!sebijik!!!shame oOo…p bao busukkk!!!ta lalu aku!!!cm taikk!!!ehh lg 1,mak guard kt cc kuboq ni cm amy!!!hahahahaha dyeowg mati pn sbb alasan yg sme dgn kite!!mati tkejot!!!!so dyeowg cari kijew kt alam cni lak!!!hahahahahahahah
    Syuq : ika g cc mane..?? nak tgok gak muke yg ika kate s**t tuh..hahahahaha..syuq pat taw yg dorg tuh jelmaan org yg samew coz dowang pun ade bce cite ni..taw ark asal dowang leh jdi cam kitew..??coz dorang gelak ampai lebam..hempedu n pankris abis sume pecah coz getaran telebih..hahahaha.. 
    Mas : sudah-sudah la tu…….!!!! Mean byk sungguh noh hampa nie…. Setan…setan!!!!!!

       p/s : upsss..sori bahasa ta terkawal cket..